1. Pengenalan
- Setiap sistem dalam kenderaan perlulah di periksa dan diservis mengikut waktu.
- Memeriksa dan menservis sistem pada kenderaan dapat mengelakan kenderaan rosak pada waktu yang tidak dijangka.
- Pemeriksaan secara berjadual juga dapat menggurangkan kos servis dan memanjangkan hayat kenderaan.
- Periksa penutup radiator. Selepas itu, buka penutup radiator bagi mempercepatkan aliran air keluar dari bawah salur radiator.
![]() |
| Penutup radiator dibuka |
- Untuk membuang air dalam radiator, buka dahulu skru aliran air. Gunakan spanar bersaiz 13 untuk melonggarkan skru tersebut.
- Kemudian, buka skru menggunakan tangan. Pastikan bekas tadahan air diletakkan terlebih dahulu.
- Biarkan air mengalir sehingga ia kering sepenuhnya. Pembuangan air ini bertujuan untuk menggantikan air yang telah lama yang akan menyebabkan radiator berkarat.
- Selepas air dalam radiator sudah kering, buka skru radiator dengan menggunakan spanar saiz 14.
- Longgarkan skru pada hos atas dan gos bawah pada radiator. Kemudian tanggalkan hos daripada radiator.
![]() |
| Skru dibahagian atas |
- Periksa sekeliling bahagian radiator. Pastikan tiada kerosakan atau kebocoran pada mana-mana bahagian radiator.
- Masukkan air paip ke dalam radiator untuk mencuci bahagian dalam radiator. Masukkan air dengan tekanan yang tinggi supaya bendasing dapat disingkirkan.
![]() |
| Air dimasukan untuk mencuci bahagian dalam |
- Setelah selesai mencuci, pasangkan semula radiator ke bahagian asal. Pasangkan juga hos yang telah dibuka tadi.













No comments:
Post a Comment